Wednesday, November 11, 2009

Je t'aime. Part 1

Cinta,Pyiar,Love,Amor, dan pelbagai rangkap dan bentuk bahasa yang boleh menggambarkan satu ungkapan dan perkataan yang membawa maksud yang sama. Kasih,sayang, dan cinta. Cinta. Satu perkataan yang cukup common di mata dunia. Campaklah manusia di setiap sudut dunia pasti ada wujudnya cinta. Cinta mempunyai pelbagai definisi dan maksud. Berpecah-belah jawapannya jika ditanya pada insan yang berbeza umur dan jantina. Cinta akan Tuhan. Cinta pada keluarga. Cinta pada sahabat. Dan yang paling bersepah dan yang paling digemari oleh manusia-manusia di atas pentas dunia ini adalah cinta pada seorang kekasih. Tanyalah pada sang arjuna dan Si dia atau sesiapa sahaja yang muncul di depan mata kalian, jika ditanyakan soal cinta, automatik refleksnya wajah seseorang di minda mereka. Wajah seorang kekasih. Yang dahulu, dan yang masih. Aku bukanlah seseorang yang arif tentang hal cinta. Apatah lagi peluang aku untuk bermain cinta. Tetapi 21 tahun sudah aku bernafas di atas pentas bumi ini, pengalaman telah mengajar aku tentang cinta. Aku kenal pasti cinta dengan jitu. Mungkin benar. Dan mungkin jahil. Tetapi pengalaman adalah guru kita yang terbaik.
Pada aku, cinta menemukan dua insan dan unsur yang berbeza. Minat, perangai , dan pandangan yang berbeza dalam segala aspek. Cinta juga yang menemukan langit dan bumi. Cinta juga mengadunkan hitam dan putih. Siapalah engkau langit jika tiada bumi yang sudi membentangkan diri hanya untuk engkau berada di pentas bumi. Siapalah engkau wahai hitam jka tiada wujudnya putih untuk di-pasangankan. Cinta juga menemukan dua insan yang berbatu jauhnya perangai dan minat. Aku dan Dia? Berbeza segalanya. Dalam diri engkau, tiada langsung kriteria yang aku suka dan boleh dilekatkan perkataan minat. Begitu juga pada diri aku, kau sangat membenci aku. Aku dan engkau adalah langit dan bumi. Kami menggunakan oksigen bumi yang sama tetapi tidak terdetik langsung untuk aku menggunakan tenaga badan aku untuk menegur dan bercakap dengan kau. Aku mungkin hitam, dan engkau mungkin putih, ataupun sebaliknya. Tidak ada apa dalam diri kau yang aku mahu. Apatah lagi untuk menerima kau walaupun sebagai sahabat. Mungkin aku juga akan menjadi manusia atau zaraf terakhir yang kau akan pilih untuk dicopkan perkataan 'sahabat' engkau di dahi aku. Itu pun jika pupusnya lelaki di dunia ini. Termasuk alien-alien jantan di luar cakerawala sana. Tidak ada satu unsur dan ikatan langsung yang boleh menyamakan aku dengan engkau. Tidak ada sebab juga untuk aku dekati engkau. Tetapi ada sesuatu yang menyebahkan kita menjadi satu. Satu ungkapan dunia yang menyebabkan langit dan bumi menjadi dunia. Cinta . Cinta menyebabkan langit dan bumi menjadi satu. Kau dan Aku menjadi Kami. Jika sebelum ini kita berbeza warna antara hitam dan putih tetapi oleh kerana ungkapan dunia yang dinamakan Cinta juga menyebabkan kau dan aku menjadi putih dan putih. Hitam dan hitam.

Wednesday, November 4, 2009

Why Do Women Wear Scarf in Islam?

In Islam Women are held in High standards. To cover is not to be oppressed but to be liberated. A Muslimah (female Muslim) no longer needs to compete or keep up with societies views of women. Because she is covered she does not have to prostitute herself in order to be heard. Society has no choice when it comes to her, but to judge her for what she says and thinks and not for how she looks. A Muslimah has God given rights that non-Muslim women can only talk about

"In Christianity the MOST RESPECTED woman are Nuns and they used to wear scarf like in Islam, in Islam, EVERY WOMAN is most respected like Nuns in Christianty"